Monday, December 31, 2007

Kau juga akan makan penumbuk sulungku, kalau gatal-gatal mulut tuduh aku penganggur!


Senarai Karya Tersiar Salman Sulaiman 2007


1 – Rencana agama Akhlak Nabi Seluruh Isi Kandungan Al-Quran dalam Berita Harian, 27 Januari 2007 (Sabtu).

2 – Puisi Lelaki di Bawah Pohon Bahasa dalam Dewan Bahasa, Februari 2007.

3 – Puisi Anak-anak Mengaji dalam laman
www.esastera.com/penyair, 8 Februari 2007 (Khamis).

4 – Puisi Madrasah Tua Ini Tiba-tiba Terasa Sunyi dalam Mingguan Malaysia, 11 Februari 2007 (Ahad).

5 – Rencana agama Menilai Keikhlasan Diri dalam I, Mac 2007.

6 – Puisi Kasih Seorang Bilal yang Lara & Rindu Si Janda Beranak Satu dalam laman
www.esastera.com/penyair, 7 Mac 2007 (Rabu).

7 – Rencana cinta Siapa yang cukup syarat, angkat tangan! dalam EH!, Mac 2007.

8 – Rencana sastera Jangan Berhenti Menulis! dalam majalah Sastera.net edisi 3, Mac 2007.

9 – Rencana sastera Apa kesudahannya resolusi? dalam Mingguan Malaysia, 11 Mac 2007 (Ahad).

10 – Cerpen Kau Tidak Pernah Tahu dalam laman
www.esastera.com/cerpenis, 19 Mac 2007 (Isnin).

11 – Cerpen Suling Si Alim Kucing dalam Sinar Harian, 24 Mac 2007 (Sabtu).

12 – Puisi Menghirup Susu Segar Ini dalam Siasah, 30 Mac – 19 April 2007.

13 – Puisi Merindukan Muhammad dalam
www.esastera.com/penyair, 2 April 2007 (Isnin).

14 – Puisi Teratak Bahasa yang Tua Ini dalam Pelita Bahasa, April 2007.

15 – Surat pembaca Pentingnya Dokumentasi Bahasa dalam Dewan Bahasa, April 2007.

16 – Puisi Antara Tuah dan Jebat dalam Jendela Timur, bil. 20, April 2007.

17 – Puisi Catatan Ketika Hujan dalam
www.esastera.com/penyair, 4 April 2007 (Rabu).

18 – Puisi Cinta Sufi (Dari kumpulan puisi Pemain Bahasa, halaman 14) dalam Buletin Puteri Islam SMK Apin-apin, Keningau, Sabah (Disiarkan oleh Sofiah Mohammad Salleh, guru di SMK Apin-apin dengan izin Salman Sulaiman), April 2007.

19 – Puisi Kalaulah Cinta Ini Hanya Semudah Memakan Sirih Jampi dalam
www.esastera.com/penyair, 19 April 2007 (Khamis).

20 – Madah Diam dalam
www.esastera.com/madah, 19 April 2007 (Khamis).

21 – Puisi Aku Sudah Terlalu Letih Mencintai Manusia dalam
www.esastera.com/penyair, 12 Mei 2007 (Sabtu).

22 – Puisi Semanis Kasih dan Setulus Rindu Untukmu Ibu dalam
www.esastera.com/penyair, 13 Mei 2007 (Ahad).

23 – Cerpen SMS cinta, Siti Puteri & Laki-laki dalam Sinar Harian, 19 Mei 2007 (Sabtu).

24 – Cerpen Kalaulah Muhammad masih ada dalam Mingguan Malaysia, 20 Mei 2007 (Ahad).

25 – Cerpen Biarlah Allah Saja yang Tahu dalam Mingguan Wasilah, bil. 17, edisi 27 Mei – 2 Jun 2007.

26 – Cerpen Sarjan Dolmat & Senapang Senja dalam e@siswa, edisi 4, Jun 2007.

27 – Rencana agama Indahnya Peribadi Rasulullah s.a.w. Sebagai Ikutan dalam I, Jun 2007.

28 – Puisi Dalam Hujan Renyai Aku Merindukan Padang Serai dalam
www.esastera.com/penyair, 19 Jun 2007 (Selasa).

29 – Surat pembaca Penyakit Corner dan Cafe dalam Dewan Bahasa, Julai 2007.

30 – Cerpen Kumbang yang Lara & Sekuntum Bunga dalam Mingguan Wasilah, bil. 26, edisi 29 Julai – 4 Ogos 2007.

31 – Puisi Mengasah Pedang Akal dalam Dewan Sastera (Sisipan Tunas Cipta), Ogos 2007.

32 – Puisi Penyakit Tuduh-Menuduh dalam I, September 2007.

33 – Cerpen Biarlah Baba pergi dalam Mingguan Wasilah, bil. 30, edisi 26 Ogos – 1 September 2007.

34 – Rencana sastera Hayati puisi seorang mufti dalam Mingguan Malaysia, 2 September 2007 (Ahad).

35 – Sajak jenaka Mahu Dibubuh Nama Apa Anak Kita? dalam
www.esastera.com/sajen, 2 September 2007 (Ahad).

36 – Cerpen Lelaki di Bawah Pohon Bongor dalam Siasah, bil. 0064, edisi 16 – 22 September 2007.

37 – Rencana sastera Mustafa Jusoh: Cintanya pada seni tidak bertepi dalam Siasah, bil. 0066, edisi 30 September – 6 Oktober 2007.

38 – Puisi Merindui Kupu-kupu dalam Dewan Masyarakat, Oktober 2007.

39 – Rencana ulasan buku Sebuah Pengantar Agung Ilmu Tafsir dalam Dewan Budaya, Oktober 2007.

40 – Puisi Ramadan Ini Aku Merindui Nabi dalam Mingguan Malaysia, 7 Oktober 2007 (Ahad).

41 – Cerpen Menanti Cinta Suci di Aidilfitri (judul asal Aidilfitri Ini Aku Masih Di Sini) dalam Siasah, bil. 0070, edisi 28 Oktober – 3 November 2007.

42 – Rencana seni Nilai Islam dalam cereka dalam Siasah, bil. 0071, edisi 4 – 10 November 2007.

43 – Rencana seni Seni penulisan sebagai alat dakwah dalam Siasah, bil. 0073, edisi 18 – 24 November 2007.

44 – Cerpen Seorang Lelaki di Jalanan dalam I, Disember 2007.

45 – Rencana seni Melawan hiburan dengan al-Quran dalam Siasah, bil. 0075, edisi 2 – 8 Disember 2007.

46 – Cerpen Aku Hanya Mahu Menangis dalam Mingguan Wasilah, bil. 42, edisi 16 – 29 Disember 2007.

47 – Rencana sastera Siapa Sasterawan Negara Ke-10? dalam Mingguan Malaysia, 30 Disember 2007 (Ahad).

48 – Catatan perjalanan Mengharungi Banjir Ke HESCOM 2007 dalam
www.esastera.com/penyair, 31 Disember 2007 (Isnin).


Sengaja saya tinggalkan dokumentasi ini untuk tatapan kalian sebagai ucapan selamat tinggal saya untuk tahun 2007 & sebagai ucapan selamat datang buat tahun baru 2008. Saya kira dokumentasi ini perlu untuk;

1-Memudahkan kerja dokumentasi teman-teman di Pusat Dokumentasi Melayu Tengku Anis, DBP Wilayah Timur, Kota Bharu.

2-Memudahkan peminat tulisan-tulisan saya yang barangkali ada yang mereka tertinggal dan terlepas untuk membacanya.

3-Memberi semangat untuk diri saya sendiri agar lebih giat lagi menulis pada tahun 2008 nanti.

4-Memudahkan sesiapa juga; pengkaji, penggiat sastera dan peminat sastera untuk penyelidikan atau dokumentasi, atau untuk apa-apa kajian tentang penulisan saya.

5-Memudahkan diri saya sendiri di masa depan untuk membuat semakan atau apa-apa dokumentasi berkaitan.

6-Memberi semangat kepada penulis-penulis baru atau kepada sesiapa juga yang ingin menjadi penulis, juga memberi semangat kepada penulis-penulis baru yang pernah mendapat asuhan saya di Khemah Sastera, AKSES atau ceramah penulisan GEMA atau dalam mana-mana kem penulisan yang saya sertai.

Salam tahun baru dari saya untuk semua yang sudi bertandang ke sini bermula blog ini ditubuhkan, sepanjang 2007 dan hinggalah ke saat ini. Terima kasih atas kesudian kalian semua menelaah sekian banyak tulisan saya. Terima kasih! Doakan saya agar lebih berjaya lagi sebagai penulis yang diredhai Allah di dunia & akhirat menjelang tahun baru yang bakal kita tempuh esok. Semoga kita semua lebih berjaya dan akan lebih diredhai-Nya pada tahun 2008 nanti.

SELAMAT TAHUN BARU!

Terima kasih semua!


Salman Sulaiman
CC Cahaya, Kg. Padang Selising,
Machang, Kelantan.
7.02 malam, 31/12/2007.
21 Zulhijjah 1428 H, Isnin.

3 comments:

Fahd Razy said...

Wah...moga semangat itu mengalir dalam saya juga

Salman Sulaiman said...

Fahd Razy,

Terima kasih menjenguk. Fahd, kenangan di MPR 2000 masih jelas terbayang di ingatan. Dan, teruskan perjuangan!

Muhammad Abdulloh Suradi said...

Assalamualaikum. Saya menjemput saudara untuk mengunjungi blog sy, http://tamanulama.blogspot.com & http://puisi-uswah.blogspot.com

Selamat mengunjungi.