Sunday, December 30, 2007

'Siapa Sasterawan Negara Ke-10?' dalam Mingguan Malaysia hari ini


Rencana sastera saya berjudul Siapa Sasterawan Negara Ke-10? tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini bergandingan dengan cerpen sahabat seperjuangan saya Muhammad Lutfi Ishak. Tahniah juga buat kamu Lutfi!

Hari ini saya kira merupakan satu kemenangan untuk MPR 2000, kerana kolum utama akhbar Mingguan Malaysia memuatkan tulisan dua orang penulis lulusan kuliah Minggu Penulis Remaja MPR tahun 2000 - saya dan Lutfi. Kenyataan ini hanyalah sebagai satu semangat untuk kami atau hanya untuk diri saya sendiri sahaja. Lutfi pernah mengatakan hal yang sama (iaitu kemenangan MPR 2000) bila puisi kami pernah bergandingan dalam akhbar Mingguan Malaysia satu waktu dulu.

Setelah meneliti tulisan saya dalam Mingguan Malaysia itu kembali, aduh!, saya menemukan DUA kesalahan yang tidak disengajakan, iaitu;

1-Alamat blog saya sepatutnya www.pemainbahasa.blogspot.com BUKAN www.pemainbahasa.blogpsot .com.

2-Pada perenggan akhir, ayat yang sebetulnya ialah, "Jika Anugerah Sastera Negara diadakan tiga tahun sekali pun, pada tahun 2020 nanti kita sudah mempunyai 14 orang Sasterawan Negara," BUKAN, "Jika Anugerah Sastera Negara diadakan tiga kali setahun pun, pada tahun 2020 nanti kita sudah mempunyai 14 orang Sasterawan Negara."

Saya pohon maaf atas DUA kesilapan yang tidak disengajakan ini. Ketika menyedarinya pagi tadi, saya segera kembali membuka naskhah asal tulisan itu di dalam komputer, ternyata ia memang kesalahan di pihak saya bukan di pihak editor.

Saya memang mengedit dan membaca semula setiap tulisan saya sebelum dikirim ke penerbitan tetapi kerana mata yang sudah berpinar barangkali, dua kesilapan itu terlepas dari pandangan saya. SAYA POHON MAAF BANYAK-BANYAK ATAS KESILAPAN ITU.

Keseluruhan rencana saya itu, bacalah saja di sana - Mingguan Malaysia. Terima kasih.



Salman Sulaiman
CC Cahaya, Kg. Padang Selising,
Machang, Kelantan.
4.33 petang, 30/12/2007.
20 Zulhijjah 1428 H, Ahad.

3 comments:

wan a. rafar said...

Tahniah atas penyiaran tulisan tersebut. Selalulah berkarya.

lutfi said...

tahniah dekat hang sebab prolifik berkarya. kadang-kadang, aku pun tak tahu, walaupun dah berpuluh kali kita baca tulisan yang mahu dihantar, nanti bila tersiar, barulah jelas kesalahannya di mana. Dalam cerpen yang lalu pun aku ada buat salah, tapi harap orang tak sedar. teruskan menulis man. salam

Salman Sulaiman said...

Pak Wan A Rafar,

Terima kasih ya. Selalulah juga membaca tulisan-tulisan saya & komentar orang lama seperti Pak Wan A Rafar, saya nanti-nantikan...

Sahabatku Lutfi,

Terima kasih kawan. Ya, begitulah selalunya yang terjadi. Kufikir begini, kerana membaca di skrin komputer sangat berbeza dengan membaca tulisan yang telah dicetak di kertas. Cahaya pada skrin komputer itu barangkali menyilaukan mata kita. Apabila dicetak, ia keluar dalam bentuk yang lain. Diterbitkan, lebih berbeza bentuk tulisannya; semuanya tanpa gangguan cahaya seperti di komputer. Tetapi, berapa ramai penulis yang mencetak tulisannya terlebih dahulu & tulisan itu diedit pada naskhah yang dicetak itu? Inilah kukira, konklusi yang kujumpa; iaitu gangguan cahaya pada skrin komputer yang membuatkan kesalahan kalimah dan ejaan gagal dikesan. Apa pun, terima kasih kawan. Teruskan membaca & menulis semestinya!