Wednesday, June 18, 2008

Kalau orang perempuan nak marah pun, marahlah


Saya akan selalu kata dan saya akan terus kata bahawa; pada saya – orang perempuan yang cantik tapi perangainya hodoh dia sebenarnya adalah lebih hodoh daripada orang perempuan yang hodoh. Begitulah sebaliknya, orang perempuan yang tidak cantik paras rupanya tapi cantik perangai dan akhlaknya sebenarnya akan lebih cantik daripada orang perempuan yang cantik.

Ianya terbukti berkali-kali ke atas diri saya. Dan memang dibuktikan oleh pengalaman yang turut dilalui oleh orang lain juga. Saya kisahkan sedikit dari pengalaman yang membuktikan hakikat yang saya katakan ini. Seorang petugas di kaunter sebuah bank yang pada mulanya saya lihat berperwatakan cantik – tapi kebengisannya dan sikapnya yang mudah marah-marah itu meluputkan terus seluruh rupa parasnya yang cantik itu. Kini, di mata saya dia memang sudah tidak cantik lagi.

Berbicara tentang orang perempuan mengingatkan saya tentang sebuah catatan saya yang lalu bila saya katakan saya kecewa kerana payah nak lihat orang perempuan Kelantan berbaju kurung sekarang. Tiba-tiba ada pula orang perempuan yang sedikit melenting dengan catatan saya itu. Katanya, orang lelaki yang pakai baju Melayu pun payah juga nak cari sekarang.

Begini, biar saya jelaskan di sini. Maksud sebenar saya dengan luahan dan catatan itu ialah bukannya baju kurung atau baju Melayu tetapi tentang insan Islam yang menutup aurat – orang perempuan yang menutup aurat maksud saya. Kerana yang saya lihat dan selalu lihat adalah yang berbaju ketat dan berseluar ketat – tidak menutup aurat. Kalau awak tu menutup aurat, tak payahlah nak melenting tak tentu pasal. Itu sebenarnya maksud asal saya. Itu sebetulnya.

Baju kurung yang dipakai orang perempuan itukan sopan dan menutup aurat. Berbaju kurung itu maksud saya adalah menutup aurat. Kalau dia menelaah betul-betul catatan saya itu, dia pasti akan faham maksud sebenar saya. Ianya bukan tentang baju kurung itu sangat tetapi lebih kepada hal menutup aurat. Kalau dia menelaahnya dengan teliti, pasti dia akan faham.

Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik tapi berperangai hodoh sebenarnya adalah lebih hodoh daripada orang perempuan yang hodoh. Inilah yang saya selalu kata dan akan selalu saya kata. Tak kisahlah, kalau orang perempuan nak marah pun, marahlah.


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
7.29 malam, 18 Jun 2008.
Rabu, 14 Jamadilakhir 1429H.

8 comments:

Rahimin Idris said...

salam man,

aku pernah tinggal di kelantan dari 97-00 sewaktu buat diploma kejuruteraan awam di politeknik kota bharu. cik mek kelate comey2. kebanyakan baik-baik terutama yang berniaga. mereka selalu panggil orang abey hehehe tapi di mana-mana pun pasti ada manusia sombong dan bongkak. bukan di kelantan sahaja. tak kira laki2 atau perempuan. man, kau ada buku untuk dijual? aku teringin nak beli buku-buku baru kau. aku ada lagi buku 'pemain bahasa' yang aku beli tahun dulu. ingat aku lagi?

Ki Kiey said...

iya,setuju dengan kamo.
gadis2 kelantan sudah berubah,
sangat sedih sekali.


saya anak rosli k matari,kenal?

Anonymous said...

salam salman,

saya tertarik dengan penggunaan baju kurung = menutup aurat

saya setuju kerana apa yang ditulis tidak harus diterima bulat-bulat. perlu ditelaah terlebih dahulu.

barulah orang menegur secara berhikmah.

teruskan usahamu sdr salman

dariana said...

salam sahabat.setuju sangat. memang berat.dahlah seluar ketat.tambah lagi sendat, t-shirt singkat. nampak pusat.tak tutup aurat.kadang2 jelas darat.berdosa berat. tiada adab.perasan tak bertempat.kepada Tuhan tak ingat.di manalaaah tempat mereka di akhirat. kesian bangat.
Terima kasi anda catat ttg saya. Moga Allah merahmatimu. ziarah saya di blog.

Ki Kiey said...

saya setuju dengan ustaz hadi

Muhammad Abdulloh Suradi said...

Assalamualaikum, sdr salman, kunjungi blog puisi sy telah dikemaskini, http://puisi-uswah.blogspot.com

Salman Sulaiman said...

Saudara Rahimin Idris, buku yang nak jual memang ada, seperti yang diiklankan di bahagian tepi kiri blogku itulah. Kalau jumpa, mesti ingat.

Kikiey, moga Saudari jadi gadis yang baik. Tentu saja saya kenal ayah Saudari, penyair mapan tanah Kelantan.

Mohd. Fahmi, terima kasih kawan! Kenangan HESCOM 2007 memang tak akan kulupakan.

Ustaz Abdul Hadi, terima kasih kembali. Nanti, insya-Allah saya lawati.

Kikiey, saya pun setuju.

M.A. Uswah, insya-Allah nanti saya kunjungi.

Terima kasih semua kerana sudi bertandang dan meninggalkan komen.

My Umaira said...

Benar. Sama pendapat kita.
Penulisan saudara kemas. Jujur. Lucu - saya ketawa membacanya. Pedas. Namun tersingkap realiti kehidupan.