Pemain Bahasa, buku saya yang pertama telah diterbitkan hampir 8 tahun yang lalu. Cepat sungguh masa berlalu. Hampir 8 tahun terasa begitu sekejap. Terlalu banyak yang berlaku selama hampir 8 tahun itu. Dan banyak juga yang saya belajar sebagai penulis selama hampir 8 tahun itu.
Walaupun sudah hampir 8 tahun saya menerbitkan Pemain Bahasa dengan modal sendiri dan segala-galanya dibuat sendiri, masih ada juga teman-teman yang belum mempunyai sebuah buku pun dalam tempoh hampir 8 tahun itu. Tentang kesendirian saya menerbitkan buku-buku saya itu sudah saya catatkan di banyak tempat. Tidak perlulah saya mengulangnya lagi di sini.
Dalam tempoh hampir 8 tahun itu juga saya turut menerbitkan dua buah lagi buku yang turut menggunakan modal dan kudrat sendiri. Tapi teman-teman saya itu masih ada juga yang belum menerbitkan apa-apa buku pun. Tidak perlulah saya sebutkan nama teman-teman saya itu. Mereka sendiri pasti tahu diri mereka. Siapa yang makan cili, saya sangat pasti akan tetap merasa pedasnya.
Tidak apalah, mereka tidak mahu menghasilkan walau sebuah buku sampai bila-bila pun – tidak apalah. Sebesar kuman pun saya tidak akan marahkan mereka. Dan sebesar kuman pun saya tidak berniat untuk marahkan mereka.
Kerana saya tahu mereka pasti mempunyai halatuju dan cita-cita yang berbeza dalam dunia sastera dan penulisan. Dan saya pula mempunyai halatuju dan cita-cita yang berbeza dalam dunia sastera dan penulisan. Saya berfikir lain dan mereka berfikir lain. Tidak apalah, saya tidak pernah pun bercita-cita untuk marahkan mereka.
Paling-paling tinggi pun, saya akan cabar mereka supaya cepat-cepat menghasilkan buku sendiri. Itu sajalah. Mana mungkin saya mahu tengking-tengking mereka supaya cepat-cepat menghasilkan buku. Tidak mungkin dan tidak terniat sebesar kuman pun untuk saya berbuat begitu.
Berbalik kepada kisah saya dengan buku pertama saya itu. Ya, Pemain Bahasa terlalu banyak mengajar saya tentang dunia penerbitan, sastera dan penulisan. Dan, dalam tempoh hampir 8 tahun itu terlalu banyak yang saya pelajari sebagai penulis. Ya, terlalu banyak. Segala pengalaman yang saya perolehi itulah yang menjadikan diri saya sekarang – Salman Sulaiman.
Allah!
Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
10.26 malam, 1 Jun 2008.
Ahad, 26 Jamadilawal 1429 H.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
4 months ago
4 comments:
salam.
tahniah kerana dah menerbitkan 3 buku. saya kagum kerana lapan tahun sdr sudah ada nampak hasil. saya harap ini akan menjadi ransangan untuk saya menulis dan menghasilkan buku seperti sdr. saya ambil titik pertemuan di HESCOM 07 sebagai titik mula saya serius dalam penulisan.
Tahniah sahabat!
Berbanyak terima kasih Saudara Fahmi!
Tahniah Salman!
Semoga anda terus menghasilkan karya-karya yang bermutu.
Satu ketekunan yang merangsang daya kerja, usaha pasti berjaya. Saya turut kagum. Salam perkenalan sekali lagi.
Rozlan Mohamed Noor
Post a Comment