Sunday, April 10, 2005

Serba Tak Kena ......

Manusia, banyak pula kerenah dan ragamnya. Tiada pernah sempurna hidup di dunia. Seperti pernah dikatakan Pramoedya, "Ini dunia, bukan syurga."

Ya, apa tidaknya. Ketika panas menyengat-nyengat di ubun kepala, dia membebel juga. Ketika hujan melebat, lagi dia membebel - tak dapat ke mana-mana. Hujan dan panas, kedua-duanya tak kena.

Kalau banjir dan kemarau, memang juga tak kena. Habis, apa yang kena dengan manusia? Ah, memang begitu manusia - serba tak kena.



Salman Sulaiman
Taman Indera Petra,
Kota Bharu.
2.30 petang, 9 April 2005 - Sabtu.

2 comments:

nimoizty said...

Salman, letak la papan nota.Boleh chatting.

Salman Sulaiman said...

Nik, terima kasih. Sebenarnya papan nota tu tengah diusahakan. Sabar ya.