Anda tahukan, cerita pokok pulai menangis tu? Yang keluar di Misteri Nusantara semalam - di Selising, Pasir Puteh. Sebelum ni, dah keluar muka depan akhbar perdana. Betul ke? Macam tak percaya je. Iskhh, pokok pun menangis jugak ke? Laa, apa pulak tak percaya. Ya lah, pokok mana ada mata nak nangis-nangis ni? Bukan macam manusia, sikit-sikit nangis; sikit-sikit nangis. Tak percaya sebab, disebut pokok pulai menangis. Kalau disebut, pokok pulai keluarkan air. Sah, semua akan percaya! Tu aje sebabnya kita macam tak percaya. Tu la pasal berduyun-duyun pergi tengok.
Termasuk la bapak saudara saya. Dia sekadar pergi tengok aje, takdalah lebih-lebih. Memang betul la macam yang keluar dalam Misteri Nusantara tu. Pokok pulai tu akan keluarkan air kekuningan pada waktu malam. Misteri Nusantara cakap, kemungkinan ada serangga yang gigit batang pokok tu.
Di pasir sungai siang tadi, Paksu (adik-beradik bapak saudara saya yang pergi tengok) saya cakap, air embun aje tu. Kan daun pokok pulai tu boleh melekat air, kalau dah berat dia jatuh la. Sebab tinggi, dan air tu pulak dari daun - sebab tu la jatuh macam air hujan. Kan tengah malam embun tu dah banyak, maka daun tu pun berat la, jadi jatuh la macam air hujan.
Kata Paksu saya lagi, zat-zat daun tu la yang jadikan air tu kekuningan - campur sampah sikit-sikit. Lalu jatuh la dia di tengah malam dengan warna kekuningan, jadi - air mata pokok pulai, pokok pulai menangis. Tu aje. Apa la yang pelik sangat.
Anda ingat tak dulu, satu kisah yang berlaku di Kampung Gobek, Kusial, Tanah Merah. Dikatakan UFO telah mendarat di situ. Tak ke haru jadinya. Berduyun-duyun orang pergi tengok. Yang ni, mak saya pun pergi tengok. Yang tinggal hanya tapak bekas UFO mendarat, UFOnya dah tak ada. Yang nampak UFO tu hanya budak, bukan orang dewasa. Memang ramai sungguh orang, katanya. Apa tidaknya, UFO. Siap ada orang berniaga dan kutip derma. Eii, laris.
Apa nak pelik? Kalau kata Tuhan nak buat patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang kat Kampung Bunohan, Tumpat tu keluarkan air mata, menangis tersedu-sedu macam manusia - nak pelik apa, kan Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Kalau selalunya orang tanya, "Awak tinggal negeri mana?"
Kita jawab, "Serambi Mekah." Atau boleh juga kita jawab, "Serambi Puisi atau Lubuk Puisi." Atau, "Serambi Membeli-belah"(Bukit Bunga, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor). Esok-esok, kalau orang tanya, tambah satu lagi - "Serambi Ajaib".
Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
12.28 pagi, 7 April 2005/27 Safar 1426 - Khamis.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
4 months ago
No comments:
Post a Comment