SALMAN menulis dalam pelbagai bidang lebih 20 tahun lalu termasuk puisi, cerpen, rencana, wawancara, pantun, syair, skrip teater dan lain-lain. Karyanya disiar dalam pelbagai media: Dewan Sastera, Mingguan Wasilah, Utusan Malaysia, Siasah, Tunas Cipta, Harakah, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, e@siswa, Dewan Budaya, i, Harakahdaily.net, Pelita Bahasa dan www.esastera.com. Deklamator yang mendapat asuhan Prof. Rahman Shaari, Dr. A. Ghaffar Ibrahim (AGI), Marzuki Ali dan Norzailani Mohd Nuzi serta diundang mendeklamasi puisi di banyak tempat termasuklah di Central Market KL, Rumah PENA KL, Gelanggang Seni KB, USM dan banyak lagi. Salman ialah penceramah sastera yang sering diundang berceramah di sekitar Kelantan dan fasilitator Akademi Sastera Siber (AKSES) anjuran www.esastera.com. Salman mendapat hadiah Fasilitator Terbaik AKSES 3 di KB tahun 2008. Membentangkan kertas kerja di hadapan ratusan penulis muda di Melaka ketika PPMN 2009. Sehingga 2019, telah menulis 5 buku. Karyanya mendapat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2003, 2004, 2008 & terbaru 2009.
SALMAN SULAIMAN merupakan anak didik program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (2000), Bengkel Penulisan Kelab Penulis Zaharah Nawawi, KEPEZI (2002) dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera USM, Pulau Pinang (2006). Tahun 2012, mewakili penulis muda Malaysia bersama Syaidul Azam Kamarudin dan Muhammad Lutfi Ishak ke Program Penulisan MASTERA: Puisi di Anyer, Banten, Indonesia. Dalam bidang pengacaraan, mendapat tunjuk ajar daripada dua orang pakar pengucapan awam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Syeikh Omar Abdul Rahman (UPM) dan Prof. Dr. Abdul Muati Zamri (UPM). Pernah menjadi pengacara majlis di DBP Kuala Lumpur, di SUK Kota Darul Naim dan sering diundang menjadi pengacara majlis di DBP Wilayah Timur, Kota Bharu. Sebagai deklamator, sejak tahun 1999 hingga kini Salman sering diundang mendeklamasikan puisinya dalam pelbagai majlis termasuklah di hadapan Permaisuri Agong & Tun Dr. Mahathir Mohamed serta pentadbir tertinggi universiti di USM tahun 2004. Untuk mengundang Salman sebagai pembentang kertas kerja & penceramah program sastera, pendeklamasi puisi, fasilitator bengkel penulisan & kem motivasi dan sebagai pengacara majlis; hubungi beliau melalui salmansulaiman170@gmail.com.
Perkembangan Terkini Salman 2019
(1) Latihan ('rehearsal') deklamasi sajak di JKKN Tanjong Chat, Kota Bharu: Petang 5 Julai 2019 (Jumaat).
(2) Deklamasi sajak bersama Menteri Perpaduan @ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy dan kaum Cina di JKKN, Tanjong Chat, Kota Bharu: 6 Julai 2019 (Sabtu), 11:30 pagi - 2:00 petang.
Tulisan Terkini Salman Sulaiman 2019
1 - Rencana Wujudkan pusat sejarawan dalam Berita Harian, 12 Februari 2019 (Selasa).
Pengubat Jiwa
Diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi bahawa Baginda bersabda:
“Sesiapa yang terbangun di pagi hari sedang akhirat menjadi hasrat terbesarnya nescaya Allah menghimpunkan segala masalahnya, memberikan kepuasan pada hatinya, dan datang kepadanya rezeki dunia tanpa bersusah payah mencarinya. Dan sesiapa yang terbangun pada pagi hari sedang dunia menjadi hasrat terbesarnya nescaya Allah akan mencerai-beraikan hartanya, meletakkan kemiskinan di depan matanya dan rezekinya tidak akan datang melainkan hanya sebanyak yang telah ditakdirkan untuknya.”
[Isnadnya sahih. Diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi no. 2465, Imam Ibn Hibban no. 4105 dan Imam Ahmad 5/183.] (Sumber: Politik Syar’i dalam membaiki pemerintah dan rakyat {Al-Siyasah Al-Syar’iyyah} oleh Ibn Taimiyyah, hal. 203)
Beli Buku-buku Salman di Sini!
Tiga buku terbarunya, Sebelum Menjadi Penakut [puisi], RM10 & antologi cerpen 'Ngembara Ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki, RM15 serta Nuh, Si Tukang Kayu & Sebuah Perahu, RM25 boleh dibeli dengan 'bank in' harga buku + belanja pos laju RM7.90 ke akaun BSN di no 1014329000004373 atau CIMB Islamic, 7612416471 atas nama Mohd Norbusalman Sulaiman. Sila e-melkan resit bukti pembayaran bersama alamat dan nombor telefon untuk penghantaran ke salmansulaiman170@gmail.com
Terima kasih banyak!
PENGUMUMAN
Kepada semua penulis yang berminat iaitu keluarga, kenalan atau teman-teman penulis yang ingin menulis sesuatu tentang Allahyarham Norhisham Mustaffa, sila hantar rencana khusus mengenang Allahyarham Norhisham Mustaffa atau sajak untuk dibukukan oleh pihak PERADABAN ke e-mel Encik Sharrul Rizal Hashim: sharrul_rizal@yahoo.com
Setiap karya tidak boleh lebih 4 halaman menggunakan huruf Arial bersaiz 11. Mohon sertakan juga biodata ringkas tidak lebih 3 baris. Apa-apa maklumat lanjut boleh hubungi mesej 'WhatsApp' Encik Sharrul Rizal di nombor ini: 012-4931700
1 comment:
salam man...lama kan tak bercerita?jadi apa citer skarang?kalo nak chat, join facebook k...saya tunggu salman kat sana...
Post a Comment