skip to main |
skip to sidebar
Permatang Pauh dan sebuah puisi pilihanraya
Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh (P44)
PKR menang dengan majoriti 15, 671 undi.
PKR : 31, 195 undi.
BN : 15, 524 undi.
AKIM : 92 undi.
Jumlah keluar mengundi : 81 %.
******Ketika semua orang bercakap tentang pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh, saya menemui puisi sahabat saya ini yang saya baca berkali-kali. Saya kira elok sekali untuk kita sama-sama tatapi dan hayati. Sangat sesuai saya kira puisi ini dalam waktu dan keadaan sekarang. Dan sesudah menghayati, fikir-fikirkanlah sendiri... Untukmu Yi dan Ren
Api pilihanraya yang marak setiap lima tahun
dan sesekali dalam tempoh itu kala Izrael lalu
di DUN dan parlimen, padamkan sebentar.
Kita bukan Majusi.
Aku doa agar kasihku Yi dan Ren sejahtera
dalam gelut bunuhmati pemuda dan puteri.
Bunuh Yi bunuh diri. Bunuh Ren bunuh sukma
diri.
Satulah dalam deen, dalam Yi, dalam Ren. Kini
masa merenung dan mengawas. Jangan sampai
pisau politik terkerat jari sendiri! Belajar jadi
Habil, jadi Qabil! Kalau terbunuh, pandai-pandailah
kambus sendiri. Kita bukan gagak Majusi.
Darah kita tidak hijau, tidak biru.
Darah kita putih dari susu Hawa.
(Nota: Yi bermaksud kemanusiaan dan Ren bermaksud kesaksamaan dalam bahasa Cina. Manifestasi ini terilham dari teks klasik falsafah Cina, Meng Zi yang menekankan konsep kemanusiaan dan kesaksamaan sebagai konsep yang berjalan seiring dalam kehidupan.)
Jimadie Shah Othman
[Sumber (dengan izin Jimadie Shah Othman): Antologi Jalan Esfahan, 50100 Kuala Lumpur, hal. 38, karya bersama Jimadie Shah Othman, Wan Azman Wan Mamat & Hany FF, PERWARIS, 2003]Salman Sulaiman
Padang Raja, Machang.
11.46 malam, 26 Ogos 2008.
No comments:
Post a Comment