Hari ini dah empat haribulan tiga tahun dua ribu enam, kebetulan pula bulan hijrah pun empat haribulan juga - tapi empat haribulan dua [safar] tahun seribu empat ratus dua puluh tujuh hijrah. Baru semalam berlalu, tiga haribulan tiga. Tiga haribulan tiga, banyak juga mengingatkan saya pada yang tiga. Tiga? Ah, tak payah cakaplah, sebab anda semua pun dah tahu kan? Alaaaaaah, tiga. Yalah, tiga. Buat-buat tak ingat pulak. Kan baru tiga hari minyak naik tiga, tiga apa? Tiga puluh sen la. Hah, tu la yang saya katakan yang tiganya. Minyak naik tiga puluh sen [30 sen] berkuatkuasa pada bulan tiga. Kan tahun lepas dah tiga kali naik, bulan Mac sekali, bulan Mei sekali, bulan Julai sekali. Dan khabarnya, tahun ni, memang minyak takkan dinaikkan lagi.
Memang patut tak naik dah pun, sebab dah 30 sen sekali naik. Tahun depan, tak dapat nak mengagak pulak saya, berapa puluh sen akan dinaikkan. Senang saja, saranan saya untuk mengelak anda membebel kalau minyak naik. Hah, macam mana? Senang je. Nak tahu? Senang sangat-sangat. Naik basikal la jawabnya. Naik basikal?????? Aiiii, jangan la terkejut pulak. Memang tak ada cara lain dah pun. Inilah saya kira cara terbaik dan paling wajar untuk tidak melibatkan anda ke stesen minyak untuk bubuh minyak. Cuma, anda akan ke stesen minyak untuk pam tayar basikal ajelah.
Masalahnya kita ni, hanya cakap kedai kopi aje bising-bising, tapi tak buat apa-apa. Naik basikal macam kat China, kat Jepun - kan tak payah susah-susah pakai minyak. Cuma minyak terpakai untuk taruk di rantai basikal, tu aje. Masalahnya, orang Malaysia ni, lagi sesak dan tersumbat jalan, lagilah dia nak naik kereta. Misalnya, di semua IPT seluruh negara, kita pakat-pakat naik basikal. Dan sesiapa yang bertugas sekadar 20 km ke bawah masih boleh naik basikal ke tempat kerja. Tak kisahlah di mana anda berada sekarang, nak pergi kerja, nak pergi kuliah, nak pergi masjid, nak pergi menoreh, ah, mana-mana ajelah anda nak pergi. Semua naik basikal. Setuju?
Hah, apa lagi yang tiga? Saya ni, dah masuk bulan tiga di tahun tiga. Tahun tiga, fuh, sekejap pula masa. Tup-tap, tup-tap, dah tahun tiga bulan tiga. Dua bulan lagi, habislah pengajian saya di kampus Pulau Mutiara. Itulah yang tiganya, yang seingat saya.
Ada lagi, saya sudah hampir miliki tiga buah buku peribadi. Semuanya bulan tiga ni lah juga. Buku saya akan berada di pasaran, juga pada bulan tiga. Iaitu Sebelum Menjadi Penakut dan 'Ngembara ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki [bersama Jimadie]. Yang penting sekali, anda semua kena beli. Yang penting juga, anda tunggulah saja ya.
Ok, tunggu buku saya yang ketiga pada bulan tiga. Dan, saranan saya, naik basikallah saja. Semua, jom pakat-pakat naik basikal. Naik basikal?, try tengok....
Salman Sulaiman
PC kanan, paling hujung,
Akidjaya, Mache,
Qelate.
6.11 petang, 4 haribulan tiga, 2006.
Sabtu, 4 Safar 1427 H.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
5 months ago
1 comment:
Aku tak setuju naik gerek (basikal), aku nak naik kereta dan motor. Motor laju. Kereta ada air cond. Kenapa aku kena naik gerek? Kita selalu menjadi bangsa yang fleksibel, pandai sesuaikan dengan keadaan. Tapi akhirnya kita dapat sudah terlalu jauh kita mengundur. Naik minyak 30 sen adalah kezaliman. Kalau bendahara-bendahara negara naik gerek sama aku setuju. Kita nak naik motor atau kereta, itu kan pilihan.
Post a Comment