Lelaki yang mencari identiti
Identiti itu bukan pokok bunga
yang boleh dibeli
identiti itu jatidiri
identiti itu di sini, di dalam hati.
Aku juga lelaki
aku pun mencari identiti.
Lama-lama nanti
identiti itu akan datang sendiri
sesudah kau letih mencari
selepas kau puas mengkaji.
- Salman Sulaiman
Kota Bharu, Kelantan.
1 Disember 2010, Rabu.
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
4 months ago
4 comments:
identiti kukuh dihati
bila cinta pada ilahi
~ salam abg salman...hope ingt kami sekelurga lagi....~
Syahidahitusuci; benar, identiti akan kukuh bila cinta pada Ilahi.
budaknakal88 @ Along; Insya-Allah, memang tak lupa.
SAYA TERAMAT BERMINAT DENGAN KARYA KARYA YANG SEUMPAMA INI...SESUNGGUH NYA BAHASA KITA TERLALU INDAH JIKA DI DALAMI..SALAMESRABADI
Post a Comment