Saya menulis catatan ini di dalam Perpustakaan Awam Kuala Krai (gambar) ketika jam sudah menunjukkan angka empat lebih. Seingat-ingat saya, sudah hampir 10 tahun saya tidak ke mari. Kalau tidak salah ingatan saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki di sini ialah pada awal tahun 2002 dulu. Dan sebetulnya saya memang tidak jumpa mencari perpustakaan ini dan sudah tidak ingat di mana kedudukannya, maklum saja sudah lebih setengah dekad saya tidak menapak ke mari.
Ketika singgah fotostat di sebuah kedai buku tersohor di bandar ini, yang saya tak mahu sebut namanya; saya bertanyakan seorang lelaki muda yang bertugas menjaga mesin fotostat di mana letaknya Perpustakaan Awam Kuala Krai. Dia kurang pasti dan dia tanyakan gadis di sebelahnya yang menjaga kaunter bayaran. Dan gadis itu seperti terkesima dan tersenyum malu. Sayangnya gadis itu memang langsung tak tahu berbanding dirinya yang hanya ‘kurang pasti’. Tidaklah tidak tahu sepenuhnya.
Maka dengan kurang pasti itulah anak muda penjaga mesin fotostat tadi memberitahu saya, “Dekat balai polis. Sebelah sana,” dia menunjukkan arah. Tapi mukanya masih seperti was-was dan tidak pasti. Dan saya berseloroh walaupun sebenarnya saya sangat kecewa di dalam hati dengan sikap anak muda kita, “Betul ke ni? Nampak macam tak pasti saja.” Mereka berdua masih tersenyum malu ketika saya berlalu meninggalkan kedai buku yang terkenal itu.
Saat mula melangkah masuk ke kedai buku itu dan ketika awal-awal memulakan perbualan dengan penjaga mesin fotostat tersebut, saya sengaja bertanya, “Dah berapa lama kedai ni buka?” Katanya dia tidak tahu sebab baru kira-kira setahun bekerja di situ. Saya berfikir-fikir, kalaulah seseorang itu minat membaca dan minat buku, sudah pasti dia tahu sudah berapa lama kedai buku tempat dia bertugas itu dibuka. Dan tentu sekali dia boleh menjawab dengan jelas dan senang hati bila ada orang bertanya di mana letaknya Perpustakaan Awam Kuala Krai.
Dalam perjalanan mengikut arah yang telah ditunjukkan, saya singgah bertanya seorang pekedai lelaki berbangsa Cina. Pun tidak tahu juga. Maka saya mengalih soalan, “Balai polis sebelah mana?” Sebab anak muda penjaga mesin fotostat tadi memberitahu saya, “Dekat balai polis.” Dan lelaki Cina itu menunjukkan arah balai polis kepada saya dan saya meninggalkannya dengan ucapan terima kasih sambil tidak henti-henti berfikir tentang minat masyarakat kita terhadap ilmu.
Kalau saya kata, masyarakat kita majoritinya masih malas membaca dan majoritinya juga masih tidak berminat dengan ilmu pengetahuan, tentu ramai yang akan marah. Tetapi inilah natijahnya. Inilah kebenarannya yang saya lalui sendiri. Ketika ramai yang sudah heboh bercakap tentang gambar terbaru di facebook, ketika ramai yang sudah ada blog sendiri dan ketika ramai yang sudah berpelajaran tinggi – masih ramai lagi yang malas membaca dan tidak berminat untuk memajukan diri sendiri dengan ilmu pengetahuan. Saya sedih dengan sikap masyarakat yang saya diami, saya kecewa dengan sikap anak-anak muda kita dan saya teringat diri saya yang merupakan seorang penulis di tengah-tengah masyarakat yang rata-ratanya malas membaca!
Salman Sulaiman
Perpustakaan Awam Kuala Krai,
Kuala Krai, Kelantan.
[4:58 petang, 26/10/2010, Selasa]
Catatan Rehlah Haji 1436H – Siri 3
4 months ago
9 comments:
Salam, perkara ini sememangnya sudah menjadi barah, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kita, malah dalam kalangan golongan penuntut ilmu yang sedang belajar di institusi-institusi besar...Pada pandangan saya, sikap sambil lewa masih belum terhakis dari hati-hati kita dan pemikiran sejagat...Maaf sekadar berkongsi pendapat
setuju.. dan sedih!
Tanya kedai makan mesti orang tahu
Sdra Mohamad Syafie; barah yang rasanya begitu payah juga untuk sembuh.
Sdra Fadz; Memang sedih!
Sdra Nassury; emm,kedai makan tentu ramai yang tahu.
la... kenapa tak telefon saya bang man? syazwan kan ada dekat situ. :D salam hormat dan tahniah atas kemenangan di HesCom
Kriey; Kriey duduk jauh sangat. Terima kasih atas ucapan tahniah!
Asalamualaikum bapak salman mohon maaf secara diam2 saya mengikuti anda saya suka tautan anda memangbenar disaat jaman sekarang ini susah mencari orang yang bisa diajak duduk bersama salam
First of all, its been 20 min I m surfing ur blog and found very interesting. Gr8 job! I too interested in traveling. So loved dis blog. Travel in India is certainly became a boom and OTA's are doing a fab job for travelers. I found For informations on SMS services pleas click on Bulk SMS Services , Bulk SMS Providers , Bulk SMS Gateway , International Bulk SMS Gateway , Bulk SMS India , Cheap Bulk SMS Service
pelikkan bila memikirkan mereka memiliki blog, tetapi tanpa ilmu apa yang akan mereka tuliskan disitu??? kebodohan mereka atau ada perkara lain??
Post a Comment