Saturday, November 07, 2009

Bola & Kelantanisme: Saya sebetulnya sangat-sangat risau!


Saya sebetulnya sangat-sangat risau dengan kehadiran kira-kira 85 ribu penonton di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Kelantan lawan Negeri Sembilan. Risau, seperti mana ramai orang lain yang juga tersangat risau. Kerana apa yang telah berlalu membuktikan kerisauan saya ini. Stadium di KB telah kecoh dalam perlawanan-perlawanan lalu apabila ada trak polis yang dibakar. Itu kerana Kelantan kalah. Tapi ketika Kelantan menang melawan Perlis di Kangar baru-baru ini pun, mereka membaling mercun; kecoh juga, sampai ada yang perlu dikejarkan ke hospital.

Sampai ada yang kata, ramai yang datang malam ini pun bukannya nak tengok bola tapi nak tengok orang bergaduh. Saya harap sangat sangkaan saudara kita itu tidak benar. Saya cuma nak tengok Kelantan menang 3 - o, saya tak nak tengok orang bergaduh. Esok, satu Kelantan dah cuti sebab dapat pergi akhir. Harap-harap kita akan dapat dengar sorakan gemuruh seluruh warga Kelantan malam ini, kerana isnin pun dapat cuti juga. Tapi, janganlah bersemangat kerana hanya nakkan cuti. Tapi, sokonglah pasukan bola kita untuk menjadikan pasukan bola kita itu lebih hebat dan bagus di masa depan.

Saya seperti dapat merasakan bahawa Kelantan memang akan menang malam ini. Entahlah, apa yang terlintas di hati saya ini benar atau tidak. Kita tengok sajalah malam nanti. Kalau tak dapat 3 - 0, satu kosong pun jadilah. Yang penting, saya rasa rakyat Kelantan tetap juga nak cuti hari isnin. Jadi, Kelantan mesti menang.

Bila risau tentang kekecohan yang mungkin berlaku malam ini, saya teringatkan tulisan tiga sahabat penulis dan sifu sastera saya di dalam blog mereka berjudul Kelantanisme. Mereka bertiga yang saya maksudkan ialah Muhammad Lutfi Ishak, Rahimidin Zahari dan SM Zakir. Boleh saja merujuk di blog mereka bertiga untuk menelaah tulisan tersebut. Rahimidin dan Zakir, kedua-duanya orang Kelantan. Jadi, saya rasa tak sah kalau tak turut menyentuh tentang Kelantanisme ini. Saya harap sangat-sangat agar Kelantanisme yang suka membuat provokasi dan bergaduh ini tidak ada dan tidak berlaku di Bukit Jalil malam ini. Saya harap sangat-sangat.

Tapi, saya terfikir lagi, masalahnya yang ramai pergi menonton bola ini ialah orang-orang yang seperti Jaha dan kawan-kawannya macam dalam filem Budak Kelantan iaitu terdiri daripada anak muda yang suka bergaduh dan begoccoh. Tak mungkinlah lebai-lebai pondok dan orang yang pergi masjid akan buat benda tak senonoh ketika pergi menonton bola. Saya tetap juga seperti dapat merasakan bahawa hari isnin ini Kelantan cuti. Saya mahu katakan sekali lagi; saya cuma nak tengok orang Kelantan menang, saya tak nak tengok orang Kelantan bergaduh!

Salman Sulaiman
Padang Selising, Machang.
6.21 petang, 7/11/2009.

2 comments:

Abu Faiq said...

Demikianlah licik dan lancarnya usaha meracuni pemikiran umat Islam dengan pemikiran kufur yang diagendakankan oleh musuh-musuh Islam antarabangsa. Dengan diselimuti jersey bola sepak, fahaman assobiyyah kedaerahan/ wathaniyyah dibiuskan ke dalam benak umat Islam sehingga beremosi ke tahap acu-mengacu, berbalah dan bergocoh, walhal bola sepak bukan pun satu ibadah.

bfggds said...

Regarding the above mentioned diagram, true religion outlet it is kindly noted that the high heel shoes are not so simply classified, babyliss Pro for the high heel shoes nowadays incorporate several factors such as style, attributes, heels height and etc. The different combination will offer you sheer different feeling when wearing them. Honda Fairings That is maybe the reason why ladies are usually smitten by the high heels.