skip to main |
skip to sidebar
Menunggu bulan & selamat datang anak-anak sastera siber ke AKSES 3!
Menunggu Bulan merupakan cerpen saya yang ditulis lama dahulu, ya - tahun 2003 yang lalu. Seingat saya, cerpen bertuah yang membawa langkah saya ke atas pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2003 itu saya hasilkan ketika di kampus Pulau Mutiara. Atau seperuhnya saya tulis di halaman Teratak Seni di Padang Raja - itu, saya sendiri pun sudah tak berapa pasti. Menunggu Bulan, sebuah kisah biasa di sebuah madrasah kecil di sebuah kampung yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan kota. Berlatarkan sebuah madrasah kampung yang penuh kenangan dan indah permai itulah, saya mencipta watak-watak yang pelbagai. Saya selang-selikan ingatan masa lalu yang manis watak 'aku' itu dengan kisah dirinya kini yang termangu di jendela madrasah, menunggu bulan mengambang yang indah menawan. Ketika mula membayangkan judulnya sebelum menyudahkannya lagi, saya teringat cerpen Ana Balqis yang berjudul Memanah Bulan. Saya juga teringat novel Alias Ismail yang berjudul Mewarna Bulan. Dan, saya juga mahu menulis tentang bulan dan kisahnya pula ialah tentang seorang anak muda yang sedang termangu mengingat kenangan sambil menunggu bulan di jendela madrasah. Maka, jadilah judulnya Menunggu Bulan. Kalau Ana Balqis mahu memanah bulan dan Alias Ismail pula mahu mewarna bulan, saya hanya mahu menunggu bulan. Memadailah!Seorang pembaca, mengirim SMS dan memberitahu sangat menggemari cerpen saya ini dan sampai katanya mahu pergi ke kampung tempat latar cerita itu. Dan seorang lagi pula, turut mengirim SMS kepada saya, katanya setelah menelaah cerpen ini dia terasa semacam mengingat memori silam dan mengulit kenangan. Dan, kedua-duanya adalah perempuan. Alhamdulillah, saya sendiri sudah cukup gembira setelah ada pembaca yang menghayati karya-karya saya sampai begitu sekali. Menusuk hati. Mereka membacanya dengan nurani. Mereka betul-betul menghayati. Dan, untuk mereka, hanya terima kasih yang mampu saya beri. Dan, sudi-sudilah membaca; lagi dan lagi.Kini, saya ada di sekitar Hotel Perdana, Kota Bharu. Untuk dua tiga hari ini, izinkan saya menyepi di sini - melayan anak-anak peserta AKSES 3 yang akan mula melapor diri esok pagi. Untuk semua para peserta Akademi Sastera Siber 3 (AKSES 3), selamat datang saya ucapkan kepada kalian semua, selamat menjadi peserta dan selamat bersastera siber selama tiga hari dua malam bersama kami di Hotel Perdana!Salman SulaimanTM Cyberc@fe, Sebelah Hotel Perdana,Kota Bharu, Kelantan.10.23 malam, 6/2/2008.Rabu yang syahdu.
3 comments:
salam.. masih ingat lagi saya? insyaAllah mungkin saudara akan ingat saya jika mengenang kembali Pesta Buku Machang 2007 yang mana saudara, saya dan Badrul@ Bad (kawan sekampung saudara) sama-sama berkunjung sambil membelek-belek buku-buku yang ada(termasuklah buku saudara sendiri-ngembara ke utopia republik cinta yang saya beli dan hargai-). sekadar mencelah di blog saudara apabila tiba-tiba terjumpa sewaktu melayari internet. saya cadangkan saudara ke blog kassim ahmad (kassimahmad.blogspot) dan mungkin kita boleh berbicara perihal pandangannya yang berbaur anti-hadis. emel saya : jena_zh5@yahoo.com atau boleh terus add yahoo messenger saya @ blog saya (satukisahuntukselamanya.blogspot)
kawe sekarang di kawat.blogspot.com
lebih kepada proses kreatif dan tentang dunia sastera.
politik? itu bergantung pd org yg rasa politik dan sastera itu asing2.
Salman,
Maaf berkali2 tak sempat beramah mesra dengan saudara semasa di akses3. Rugi pula sebab penulis prolifik spt saudara dah ada di depan mata. Tetapi tak berkesempatan nak berbual lama. Saya ada urusan ptg itu jadi terpaksa bergegas balik ke WCY. Cdgnya nak hadir keesokan harinya, tetapi tak sempat kerana sibuk turun bantu majlis kahwin sepupu di Pengkalan Chepa. InsyaAllah ada masa dan ketika kita bual lebih lama.
Post a Comment