Sunday, September 02, 2007

Rencana ulasan puisi karya Mufti Perlis


Kita sudah sedia maklum bahawa ulama besar Islam seperti 'Abdullah bin Mubarak dan Imam Al-Syafi'i juga merupakan seorang penyair. Ulama yang terkemudian daripada mereka seperti Syed Qutb dan Profesor Dr. Hamka juga merupakan sasterawan besar yang sangat dikenali. Pastinya tidak pelik apabila Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tiba-tiba menulis sebuah puisi berjudul Aku Rela. Puisi ini menggambarkan kelukaan hatinya selama memegang jawatan mufti di negeri Perlis yang telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat dengan kelantangan beliau mengeluarkan pelbagai pendapat.

Puisi tersebut disiarkan dalam blognya di Internet yang selalunya diisi dengan pelbagai rencana agama ilmiah yang boleh diakses di www.drmaza.blogspot.com. Tentunya ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Dr. Mohd Asri juga meminati puisi Menambat Rakit karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan beliau juga pernah membacakan puisi tersebut di dalam kuliahnya di Universiti Sains Malaysia.

Dr. Mohd Asri juga seringkali memetik kata-kata lunak dan indah yang pernah diungkapkan oleh orang-orang terdahulu termasuk para ulama silam dalam kuliah-kuliah beliau, maka tidak hairanlah apabila beliau sendiri kemudiannya meluahkan kata-kata yang lunak dalam bentuk puisi. Puisi Aku Rela dihasilkan dalam dua rangkap dengan terdiri daripada 15 baris pada rangkap pertama dan lima baris pada rangkap kedua yang juga menjadi rangkap terakhir puisi beliau.


*Baca selanjutnya, rujuk akhbar Mingguan Malaysia hari ini dalam ruangan sastera.



Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
1.23 tengah hari, 2 September 2007.
Bersamaan 20 Sya'ban 1428 H, Ahad.

No comments: