skip to main |
skip to sidebar
Pengarang muda perlu berani terbit karya mereka sendiri
DIALOG Pinggir Pena: Masa Hadapan Sastera di Tangan Penulis Muda mempamerkan kesedaran pentingnya pengarang muda membukukan karya mereka sama ada secara persendirian mahupun bersama-sama penulis lain.
Tindakan menghasilkan kumpulan atau antologi cerpen dan puisi diyakini dapat memberi jawapan tuntas kepada dakwaan yang meletakkan pengarang alaf baru tidak memiliki kekuatan sekental penulis sastera sekitar 1980-an dan 1990-an.Penulis muda, Salman Sulaiman, berharap penulis segenerasinya bersedia menyahut cabaran untuk menerbitkan buku dan tidak hanya bergantung kepada wahana penerbitan sedia ada seperti akhbar serta majalah.“Penulis muda perlu memiliki jiwa sasterawan yang sanggup berkorban sepanjang hidup dengan mengusahakan penerbitan buku karya mereka. Tidak sepatutnya ada kebimbangan akan mengalami kerugian,” katanya pada majlis di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, baru-baru ini.Salman turut menasihat penulis muda agar tidak mengambil pusing terhadap tanggapan yang cuba menimbulkan keraguan mengenai kemungkinan buku terutama genre puisi tidak terjual.“Saya sebenarnya berasa tercabar apabila mendengar dakwaan mengenai bahawa penulis segenerasi saya dikatakan tidak bermaya berbanding penulis terdahulu,” katanya pada majlis yang dipengerusikan Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sharun Nizal Mohd Noor.Baca selebihnya di www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20070510071937/Article/
atau dapatkan saja senaskhah Berita Harian hari ini di pasaran.Sumber: www.bharian.com.mySalman SulaimanTeratak Seni, Machang.11.39 pagi, Khamis.10 Mei 2007, 22 Rabiulakhir 1428 H.
2 comments:
Assalamualaikum.
Alamak, tadi lupan nak ambil no.telefon.Handset yang beta ada tu handset baru, manakala handset yg lama telah ghaib di supermarket, bersama-sama dengan semua no.yg ada.Aduh!
Sekian, terima kasih. Sayalah penulis muda Malaysia yang tak terkenal dan tak datang ke ruman PENA tu.Muahaha!
Kak Rai.
saya baru ke sini. salam
Post a Comment