Saturday, April 30, 2011
Bengkel Penulisan Kreatif untuk Penulis Muda
Hari Kedua & Terakhir [30 April 2011, sabtu]
Hari kedua Bengkel Penulisan Kreatif untuk Penulis Muda anjuran DBP WT dengan kerjasama PPK diisi dengan sesi terakhir bersama penyair Rahimidin Zahari yang menceritakan proses kreatif beliau sebagai penulis muda yang sudah menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Banyak karyanya dilancarkan di peringkat antarabangsa dalam bahasa asing. Dan beliau memberitahu ada tujuh bukunya yang bakal diterbitkan, insya-Allah.
11:05 pagi, selesai bicara Saudara Rahimidin Zahari yang menceburkan diri dalam hampir semua bidang seni termasuk menulis sajak hinggalah menulis esei seni lukis sampailah menjadi dalang wayang kulit. Pengalaman meluaskan cakerawala fikirnya. Pembacaannya yang meliputi karya sasterawan Malaysia hingga kepada karya-karya penyair dunia menjaadikannya seorang penulis yang luas ilmunya. Katanya buku-buku miliknya sudah mencecah nilai RM300,000. Jujur dan penuh rendah diri beliau memberitahu ke mana pun dirinya mengembara, dia tetap akan pulang ke tanah asalnya - ke daerah tradisinya sebagai anak Melayu. Tanah Kelantan akan tetap terus di hatinya.
Dan itulah Rahimidin Zahari.
Salman Sulaiman
Hotel Rebana, KB.
11:12 pagi, sabtu.
Saturday, April 09, 2011
BENGKEL PENULISAN KREATIF UNTUK PENULIS MUDA NEGERI KELANTAN
BENGKEL PENULISAN KREATIF UNTUK PENULIS MUDA NEGERI KELANTAN Masa: 9 pagi, 29 April - 12 tengah hari, 30 April 2011 (Jumaat dan Sabtu). Tempat: Hotel Rebana, Lot 1561, Padang Bongor Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Syarat Penyertaan Peserta : 1. Berumur tidak lebih dari 25 tahun. Yuran penyertaan bengkel adalah sebanyak RM 50.00 seorang untuk pakej penginapan dua hari satu malam (termasuk makan dan minum) Penceramah dan Fasilitator: Antara pembimbing bengkel termasuklah Salman Sulaiman dan Abdul Hadi Yusoff serta beberapa orang penulis Kelantan yang lain. Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran bengkel ini sila hubungi : Sumber: Facebook DBP Wilayah Timur, Kota Bharu.
| |