Thursday, March 08, 2007

Beralih angin ke www.teratakseni.blogspot.com



Saya cuma mahu beralih angin ke www.teratakseni.blogspot.com. Kalian bolehlah ke sana untuk membaca kemaskini terbaru saya. Ya, kita jumpa saja di sana.


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
7.11 malam, 8 Mac 2007.
18 Safar 1428 H [Khamis].

Tuesday, March 06, 2007

Diskusi 'Sebelum Menjadi Penakut' di UPM Sabtu ini


Diskusi Karya Tiga Kumpulan Puisi

SERDANG: Diskusi Karya Tiga Kumpulan Puisi karya 3 penulis muda, Salman Sulaiman, Amirul Fakir dan Shamsuddin Othman akan diadakan di Bilik Kuliah, Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada 10 Mac ini. Majlis akan bermula jam 9 pagi.

Karya Salman Sulaiman, Sebelum Menjadi Penakut, Amirul Fakir (Fosil) dan Shamsudin Othman (Taman Percakapan) akan didiskusikan oleh pensyarah UPM, Naapie Mat, Mohd Shahidan, Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penyair Rahimidin Zahari.

Maklumat lanjut tentang program berkenaan boleh diperoleh dengan menghubungi PENA di talian 03-2142 5824 atau e-mel
pena@streamyx.com.

[Sumber: www.esastera.com/berbicara, yang dikendalikan oleh Mohd Dahri Zakaria]


Teman-teman yang dikasihi,

Jemputlah ke UPM Sabtu ini, untuk mendengar majlis diskusi buku saya itu nanti, berserta dua lagi buku puisi. Juga, teman-teman mahasiswa dan para pensyarah UPM, UKM, UM, UIA, USM dan sesiapa juga yang berkesempatan, jemputlah ke sana.

Salam kemaafan dari saya, banyak-banyak. Saya tidak ada di majlis diskusi itu nanti kerana bermula 9 hingga 12 Mac, saya berkampung di Perdana Resort, Kota Bharu; bersama teman-teman penulis siber - mengasuh anak-anak berpuisi dan berdeklamasi di Akademi Sastera Siber 2007. Salam seni dan puisi dari saya, penulis Sebelum Menjadi Penakut. Maaf sekali lagi.

Buku saya tetap boleh dibeli dengan membaca kemaskini terdahulu di blog ini atau akses di www.teratakseni.blogspot.com. Juga boleh dibeli dengan Nasriah Abdul Salam di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM; Mohd Dahri Zakaria di sekitar KL dan Selangor [wartawan www.esastera.com]; Faisal Mustaffa [pengedar buku on line]; di Gerai Buku di Laluan Utama Pelawat di HUSM, Kubang Kerian; di Kedai Komputer Akidjaya, Machang dan di kedai pengedar akhbar dan majalah terbesar di Kota Bharu iaitu Syarikat Lee di Section 9, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu; atau sms saya dan kita bertemu di Pekan Machang.

Sahabat-sahabat dan penulis serta sasterawan di PENA dan DBP juga UPM dan Istana Budaya, terima kasih banyak-banyak ya, atas kesudian membicarakan buku puisi kedua saya, Sebelum Menjadi Penakut. Terima kasih sekali lagi.


Hamba yang daif ini,

Salman Sulaiman
Teratak Seni, Kampung Padang Raja,
Machang, Kelantan Darul Naim.
10.55 pagi, 6 Mac 2007 [Selasa].
Bersamaan 16 Safar 1428 H.