Thursday, June 07, 2012

Syarahan proses kreatif ALLAH! oleh Salman di DBP WT pada 9 Jun ini



Saya akan membicarakan proses kreatif ALLAH! yang merupakan buku ke-4 saya selepas Pemain Bahasa (2001), Sebelum Menjadi Penakut (2006) dan ‘Ngembara... (2006) pada jam 9 pagi, 9 Jun ini di Dewan Seminar, Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Timur, Kota Bharu. Berbezanya kali ini, penulisnya sendiri yang akan membicarakan buku masing-masing. Saudara Rosli K. Matari dengan bukunya Nun Bulan dan juga Saudara Leo AWS dengan kumpulan sajak beliau. Kalau sebelum ini buku sajak saya dibicarakan oleh orang lain; Pemain Bahasa dibicarakan oleh Suhaimi Haji Muhammad di Rumah GAPENA, KL pada bulan Julai 2002. Manakala Sebelum Menjadi Penakut pula dibicarakan di UPM pada tahun 2007 kalau tidak salah ingatan saya, oleh Saudara Napie Mat – alhamdulillah dan terima kasih atas perhatian para pengkritik dan sarjana sastera terhadap karya-karya saya.


Inilah yang lainnya kali ini, saya sendiri diminta membicarakan karya saya. Pastinya ia sangat berbeza dengan bicara karya sebelum ini. Jika berkelapangan, jemputlah ke Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur sabtu ini (masuk percuma) – jam 9 pagi untuk mendengar syarahan saya yang saya judulkan Seorang Pemalu dan Pendiam yang Akhirnya Menjadi Tukang Syarah.

2 comments:

Liyana Anayil said...

Tak ramai yg mcm awak ni. good!!

Unknown said...

Good post. I like it. It was interesting to read it. Great thank's author for sharing…

http://writing-essay.org/