Thursday, January 19, 2012

Aku sengaja mahu menulis tentang jodohmu, dan jodohku yang entah bila


Tidak pernah kusangka-sangka jodohmu adalah jiran di belakang rumahku. Dulu, bila aku tanya dalam bahasa sindiran dan bergurau, “Bila nak kawin?” katamu mahu tunggu aku yang kawin dulu. Rupa-rupanya jodoh kita (tarikh dan tempatnya) memang jauh berbeza, Tuhanlah yang menentukannya.

Ketika kita berarak ramai-ramai ke rumah pengantin, tidak juga kusangka-sangka namaku yang kau sebut bila datang pihak pengantin perempuan menghulurkan payung kuning raja sehari. Maka, dengan rasa segan yang kutahan-tahan, aku memayungkanmu ke rumah isterimu yang juga jiranku. Kau segak bertanjak. Aku bujang terlajak. Kita beriringan ke rumah pengantin perempuan. Diiringi ahli keluarga dan sekalian sanak-saudara. Aku tahu, kau bahagia. Walau dalam gementar dan gugup yang hampir-hampir nampak di muka.

Kira-kira sehari sebelumnya, di saat kau mengadap imam mahu diijabkabulkan, aku juga yang kau minta duduk paling dekat di belakangmu. Terpaksalah aku bersila hanya sejengkal dua dari hamparan baldu tempat kau ‘menjawab nikah’mu. Sengaja langsung tidak kutepuk belakangmu kerana kudengar lancar dan jelas sebutanmu.

Malam sebelumnya, kau terkejut bila kukatakan aku ada urusan di tempat lain pada hari kau bakal diijabkabulkan. Tapi atas permintaanmu, aku segera pulang di saat kau mahu disatukan imam. Dan alhamdulillah, aku berjaya hadir di majlis pernikahanmu yang diadakan di sebuah masjid dalam daerah kita.

Kau tentunya pengantin yang paling bahagia kerana perkahwinanmu diraikan dalam tiga majlis berbeza. Dan di rumah ayahmu sebelum kau diraikan pada majlis yang ketiga, kunampak jam baru di tanganmu yang merupakan salah satu balasan hantaran daripada pihak pengantin perempuan dan kudoakan moga jodohmu kekal dirahmati Tuhan.

Dalam munajatmu siang atau malam, jangan dilupa untuk kau doakan jodoh seorang insan yang bernama Salman Sulaiman kerana aku sebenarnya sudah bosan ditanya, bila mahu berumah tangga. Dalam kemeriahan meraikan perkahwinanmu; aku hampir-hampir terlupa bahawa aku ini teruna tua bangka yang masih belum bernikah.

Tataplah catatan ini sebagai kenang-kenangan dan kalau tidak menjadi kesalahan, terimalah ia juga sebagai sebahagian daripada hadiah kecil perkahwinan daripada seorang Salman dan tulisan ini juga sebenarnya sengaja mahu mengingatkan diri sendiri bahawa aku ini jantan tua bangka yang masih belum berumah tangga.


Salman Sulaiman
Machang, Kelantan.
5: 11 petang, khamis
19 Januari 2012.

5 comments:

Mohd Nizan Awang said...

Assalamualaikum...
Terima kasih buat Ayah Man diatas tulisan yang begitu indah dan amat bermakna sekali, doa kudusku sentiasa kupanjangkan buatmu agar mendapat seorang calon zaujah yang sejati, mudah-mudahan kita semua boleh pakat-pakat makan gulai di Teratak Seni..InsyaAllah

Mohd Nizan Awang said...
This comment has been removed by the author.
MARSLI N.O said...

Sdr Salman: Salam sejahtera buat Sdr. Memintalah kepada Dia yang selalu mendengar. Barangkali kita terlalu inginkan yang sempurna menurut kaca mata kita, sedangkan pada waktu sama, perempuan juga menilai kita menurut kesempurnaan yang mereka inginkan. Alangkah indah kalau ada tolak ansur dan saling pengertian dalam memaknakan kesempurnaan itu antara lelaki dan perempuan.

Demikian adanya dan Wassalam.
MARSLI N.O

Unknown said...

Ana rasa tertarik pula untuk berkongsi sedikit wasiat daripada seorang sahabat Rasulullah yang berbunyi: "Wahai anakku yang ingin menikah dan menanam, hendaklah seseorang memperhatikan di mana ia menanam tananamnya. Sebab, akar yang buruk itu sedikit sekali dapat melahirkan. Maka pilihlah, walaupun lama waktunya". Jadi, ana harap anta bersabar menanti jodoh anta, mungkin Allah telah menyediakan yang terbaik untuk anta maka, dilambatkan kurniaannya itu. Jangan berhenti berharap, berdoa dan berusaha. Selamat maju jaya dalam pencarianmu.

Anonymous said...

[p]Tiffany stone wedding band is definitely regarding the greater stringent benchmarks and more outstanding gentle . Tiffany Paper hearts series, each kind have having Tiffany rings styles are usually properly seize your elegance on the serious enjoy associated with our love . The exceptional outcomes had been many years inside producing and [url=http://www.tiffanysjewellerycanada.com]tiffany necklace[/url] effectively well worth the wait . Then, among all bracelets, I love Tiffany bracelet most . The Tiffany silver bracelets that are too small may be uncomfortable [url=http://www.tiffanysandcocanada.com]tiffany rings[/url] for the wearer . L . Born in 1837, Tiffany is a world-renowned top jewelry brands, after 170 years of history, today has become the modern style and fashion model . Tiffany co , Sterling silver jewelry stays as brand new as constantly and provides a fashionable, sexy appear each and every girl wants.[/p][p]? received the authorization from Stephenie Meyer, to manufacture the official authorized replica of Bella隆炉s Engagement Ring? to be made available to the public . Start your jingle love [url=http://www.tiffanysjewellerycanada.com]tiffany jewellery[/url] now! . It are heading to be the [url=http://www.tiffanysandcocanada.com]tiffany & co rings
[/url] normal for exceptional effects . Return to tiffany , I think the main factors for girls of all ages going for silver jewelry is that it matches each and every dress and will not scratch that quickly [url=http://www.tiffanysandcocanada.com]tiffany & co jewellery[/url] so you are able to wear it within your everyday use with no worrying that the silver shinning is going to go away or it truly is going to acquire all rough . They declare they're betrothed and [url=http://www.tiffanysjewellerycanada.com]tiffany outlet[/url] make love . Placing at excellent diamond these type as Tiffany jewelry is a sort in style to help you retain swiftness [url=http://www.tiffanysandcocanada.com]tiffany & co canada[/url] with style and precious time . S . , becoming an accomplished jeweler in addition to the fame he acquired for his designs in Favrile iridescent glassware.[/p]