Friday, September 01, 2006

Beli dua buah buku terbaru saya di sini

Buku yang sekian lama saya sendiri nantikan, kini telah terbit, setelah berbelas atau berpuluh kali berulang-alik ke Kota Bharu untuk urusan edit dan kerja-kerja akhir sebelum dicetak. Anda boleh belinya di sini.

1. 'Ngembara Ke Utopia Republik Cinta Sesudah Letih Menjadi Lelaki [antologi cerpen cinta, duet bersama Jimadie Shah Othman. Mengandungi 14 buah cerpen, 7 cerpen Salman dan 7 cerpen Jimadie] - RM 15.

Photobucket - Video and Image Hosting


2. Sebelum Menjadi Penakut [kumpulan puisi persendirian] - RM 10.




Ini pula dua buah buku yang masih boleh dibeli dengan saya;


Pemain Bahasa [kumpulan puisi pertama Salman Sulaiman] - RM 6.


Candu karya Azman Hussin [kumpulan puisi] - RM 8.


+ belanja pos - RM 3.



Pembelian boleh dibuat dengan cara 'bank in' ke akaun;

Bank Islam [BIMB]

No. Akaun : 03045020046433

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


Bumiputera Commerce [BCB]

No. Akaun : 03030063860522

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


Bank Simpanan Nasional [BSN]

No. Akaun : 1014329000004373

Atas Nama : Mohd Norbusalman Sulaiman


atau


dengan wang pos atas nama Mohd Norbusalman Sulaiman ke alamat No. 170, Kampung Padang Raja, 18500 Machang, Kelantan. Sertakan nama & alamat anda untuk penghantaran.

Bila telah di 'bank in', hubungi saya dan smskan nama & alamat anda untuk penghantaran.


Tapi, saya lebih suka dan lebih senang jika anda masukkan bayaran melalui Bank Islam, kerana sebaik saja wang dimasukkan ke akaun saya, saya akan menerima sms pemberitahuan oleh Bank Islam. Ini sebagai bukti anda telah membayar dan bolehlah saya terus poskan buku yang anda pesan.



Tapi, saya tak kisah kalau anda guna BSN atau BCB atau wang pos pun. Terserah, janji ia memudahkan anda untuk memiliki buku-buku saya.

Saya boleh dihubungi di;

017-4163680 & 019-9040025 [boleh kedua-duanya] Ingatan, tolong jangan segan-segan untuk bertanya dan berbual dengan saya. Saya akan cuba memberikan layanan terbaik buat anda semua. PENTING, SEBOLEHNYA SILA HUBUNGI SAYA MENERUSI TALIAN CELCOM DI 019-9040025 SEKIRANYA MAHU BERCAKAP DENGAN SAYA KERANA TALIAN MAXIS AGAK BERMASALAH DI TERATAK SENI, MENYEBABKAN PERBUALAN ADAKALANYA PUTUS-PUTUS, HARAP MAKLUM. TAPI KALAU SEKADAR MAHU MENGIRIM SMS, KEDUA-DUANYA TIDAK BERMASALAH.

Faks : 09-9757008

LAMAN WEB :
www.salmansulaiman.cjb.net & www.pemainbahasa.blogspot.com

E-mel :
pemainbahasa@hotmail.com & salmansulaiman@yahoo.com.


Senang bukan, oleh itu, tunggu apa lagi. Beli segera sebelum kehabisan.

Dan, tolong jangan kata saya tak up date blog. Saya akan memberikan laporan dan catatan terkini, perkembangan penjualan buku-buku saya di ruangan komen di bahagian bawah artikel promosi ini. Saya akan cuba untuk memberikan anda perkembangan terkini tentang buku-buku saya dari semasa ke semasa. Untuk beberapa waktu ini, saya akan up date blog saya di ruangan komen itulah. Setiap tulisan dan catatan itu saya catatkan juga, tarikh dan tempat saya menulisnya. Sila baca saja di bawah sana.


Ribuan terima kasih diucapkan kerana mendapatkan perkhidmatan di Teratak Seni, Machang.




Yang cintakan kebenaran,

Salman Sulaiman
Teratak Seni, Machang.
12.42 tengah hari, Jumaat.
1 September 2006.

8 comments:

Salman Sulaiman said...

Menjadi pembeli pertama ialah Syarifah, anak didik saya di Khemah Sastera Negeri Kelantan Jun 2006 yang lalu. Beliau adalah pembeli pertama yang menatap kedua-dua buku baru saya itu. Alhamdulillah, saya berjaya menunaikan keinginannya untuk menjadi pembeli pertama. Apa tidaknya, kami bertemu di stesen bas KB ketika saya dalam perjalanan pulang mengambil buku-buku saya itu dari tempat percetakan lagi.

Antara yang sudah membuat tempahan dan akan saya poskan esok hari, kerana pejabat pos tutup hari ini, kerana sabtu pertama - mereka menempah kedua-duanya, ialah;

1. Ilhami Hisham

2. Fahd Razy

3. Dahrie

Yang menyatakan mahu memiliki dan bakal memiliki;

1. Nordiyana Md Aini (USM)

2. Hanif (USM)

3. Ida Munira (PTS)

4. Zulfiqar (esastera, Kg. Kemuning, Mache)

5. Azizi (Mache)

6. Pien (Pasir Mas)

Selamat membaca kepada yang sudah memiliki dan yang bakal memiliki. Terima kasih beribu-ribu kali, kerana sudi membeli, memiliki dan menelaah buku-buku saya.

Dan anda, bila lagi?


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
10.50 pagi, 2 Sept. 2006.

Salman Sulaiman said...

"Man, saya nak baca yang 'free' saja. Yang rosak ni bagi kat sayalah. Dia kata kat awak gila la? Tapi, walau apa pun, dia tetap mulakan kata gila untuk awak." Dia mengulas tentang biodata saya di kulit belakang 'Sebelum Menjadi Penakut'. Saya tahu dia tak nak beli, dia hanya mahu tunggu yang percuma. Tunggulah dia nak yang 'free', sampai kiamat pun saya takkan bagi, walau yang rosak sekali pun.

"Nah, yang ni RM10." Saya promosikan buku puisi terbaru saya. Tapi, dia hanya senyum tak senyum, sengih tak sengih saja. Akhirnya dia letak atas meja, buat tak tahu saja.

Yang lain, tengok-tengok buka-buka, belek-belek sikit nak ambil hati, tanpa ada rasa keinginan sikit pun untuk memiliki.

Dan, terima kasih untuk Syaidul Azam yang sudah khatam hanya dalam satu malam 'Sebelum Menjadi Penakut'. Terima kasih juga buat teman di UiTM Machang, Farudi yang sudi memiliki.

Cemburunya saya baca dalam akhbar, buku Diana Naim yang dah habis dijual 20 ribu naskhah dalam masa seminggu. 'Sebelum Menjadi Penakut' hanya cetak 200 naskhah saja awak tahu.Ulang suara, 200 naskhah. Itu pun, usahkan dua bulan, dua tahun pun belum tentu habis.

Tentang semua rentetan peristiwa yang saya alami dan saya coretkan di sini, saya hanya mampu sabarkan diri sendiri sahaja, "Man, sabar eh, sabar. Kata tak nak jadi penakut, orang berani mesti sabar tau." Untuk terus munguatkan semangat hati meneruskan perjuangan sebagai anak seni di lorong kecil berliku yang saya pilih ini, diri sendiri juga yang menjawab,"Baik bos. Salman mesti sabar dan beraniiii!" sambil menjerit sekuat hati.

Awak, maaf, sikit saya nak tanya. Saya nak kena buat macam mana nak suruh awak minat membaca? Tolong beritahu saya. Usahkan awak nak tulis, jauh sekali nak terbit sendiri dan jual sendiri. Itu memang jauh langit dari bumi. Beli saja pun awak dah tak nak. Malah, tengok pun tak ada minat. Habis, apa awak nak saya buat? Tolong cakap cepat.

Saya dah tulis letih-letih. Saya terbitkan pulak sendiri. Saya datang jual kat awak sendiri, supaya awak tak payahlah susah-susah ke kedai pergi cari. Itu pun awak tak nak beli. Habis, saya nak kena buat macam mana lagi? Tolong beritahu kuat sikit boleh, saya tak dengar!


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
11.03 malam, 3 Sept. 2006.

Salman Sulaiman said...

"Saya tak berapa minat sajak-sajak ni, kalau cerpen oklah." Takpalah, awak beli satu pun dah kira ok daripada awak tak beli langsung. Terima kasih ya.

RM15 awak kata mahal? Baiklah, awak nak saya jual berapa? Alah, buku Ina RM19.90 awak beli, awak tak kisah pun. Awak tak bersungut pun. Selamba, rileks je awak bayar. Buku Ina tu taklah tebal sangat pun, sekadar 145 halaman. Habis, kalau buku saya yang 99 halaman ni saya jual RM15, kenapa awak bising-bising pulak? Awak kata mahal pulak, tu yang saya pelik tu.

"Ishk, kenapa tajuknya bunyi lain macam je? Awak dah tak nak jadi lelaki ke? Dah nak jadi pondan pulak ke?" Itu la pasal saya suruh awak beli dan baca, barulah awak tahu ceritanya. Baru awak tahu saya ni memang betul-betul anak jantan, bukan pondan. Awak ni asyik tanya je lebih, tapi belinya tidak. Nanti awak baca, baru awak faham kenapa tajuknya macam tu. Nak beli ke tak nak beli ni? Asyik tanya je lebih.

"Kenapa panjang sangat tajuknya?" Ya lah, saya buat tajuk pendek awak tak beli, saya buat tajuk panjang la pulak. Apa kata kita buat perubahan sikit. Manalah tahu, kot-kot dengan perubahan tu awak jadi minat pulak nak baca buku saya. Manalah tahu kan? Tu pun awak tak beli-beli jugak. Habis, awak nak suruh saya buat macam mana lagi? Saya masih pekak, awak cakap kuat sikit boleh tak?


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
1.07 pagi, 5 Sept. 2006.

Salman Sulaiman said...

RM15 dan RM10 untuk dua buah buku yang diterbit sendiri dan dicetak sendiri serta diambil di tempat cetak sendiri dan dijual sendiri ke tangan pembaca awak kata mahal? Saya angkut 2 buah buku saya tu dari tempat percetakan separuh dulu, separuh lagi masih ada di sana. Tolong beritahu saya macam mana saya nak angkut semua kalau yang separuh tu pun, seingat saya, dari tempat cetak nak sampai ke stesen bas KB, lebih sepuluh kali saya berhenti, berat tak terkira. Tahu-tahu sajalah, dalam beg saya bukan ada baju. Yang ada, ratusan buah buku.

Separuh yang tinggal tu pun, mengingatkan berat mengangkatnya tempoh hari, saya masih terfikir-fikir macam mana mahu mengambil bakinya. Saya ambilnya berjalan kaki dari stesen bas KB ke tempat cetak, bukan naik teksi atau pakai lori. Lepas tu, naik bas pulak untuk balik ke Machang. Awak ingat senang. Padan patut la harganya dengan letih penat saya, tak gitu? Entah-entah, kalau awak di tempat saya, awak jual mahal lagi.

Baiklah, kalau RM15 dan RM10 tu awak kata mahal, awak buat buku awak sendirilah kalau macam tu. Awak kata saya marah. Tak, saya tak marah, saya beritahu. Orang lain, hanya tulis buku. Terbit, modal cetak, ambil, promosi dan jual, pergi hantar kedai - semuanya orang lain yang buat. Ini, saya sendiri yang buat semua tu. Habis? Saya pasti, memang patut sangat saya jual dengan harga tu. Kalau awak nak kata mahal juga, tak apalah, saya tak kisah. Saya tak pernah paksa awak beli buku saya. Saya promosi dan mengalu-alukan saja, saya tak pernah paksa sesiapa.

Adik sayang oii, jual buku bukan macam jual nasi kerabu. Dalam sehari, berpuluh-puluh bungkus yang laku. Orang makan nasi kerabu, orang tak makan buku. Buku, sekali beli, orang dah tak beli sampai ke mati. Ada sesiapa lagi yang nak beli? Banyak lagi ni. Mari-mari!!!!


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
12.38 tengah hari, 7 September 2006.

Salman Sulaiman said...

"Mahalnya. Kenapa mahal sangat? Kalau dua dah 25 ringgit." Itu pun seorang tu saja yang tanya-tanya harga macam nak beli. Tapi, nampak macam tak jadi beli sebab harganya dia tak berapa setuju.

Terlalu payah sebenarnya mahu menerangkan tentang harga buku-buku saya itu. Akak, Adik, Abang, Pakcik, Makcik, Encik, Cik, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Tun, Toh Puan, Mak Ngah, Pak Ngah, Pak Su, Mak Su, Kak Long, Abang Long, Ayah Aji, Mak Aji, Ayah Cik, Kak Cik, Abang Cik, Awak-awak dan kamu-kamu sekelian - tolong jangan samakan buku-buku saya dengan buku-buku terbitan syarikat-syarikat penerbitan besar yang lain.

Mereka ada modal juta-juta. Ada warga kerja beribu-beribu orang. Pengedarannya menyeluruh ke serata ceruk Malaysia dan promosinya hebat serta besar-besaran. Saya sekadar modal seribu dua. Penulis dan pekerja, sayalah sorang-sorang diri. Semua buat sendiri awak tahu. Ini yang awak kena faham sangat-sangat. Kalau yang ini awak dah betul-betul faham, tentu saja nanti awak takkan pertikaikan lagi harga buku-buku saya.

"Tak sempat nak membacalah sekarang ni." Kata yang seorang lagi. "Saya minat novel." Kata yang lain pula. "Salman, bila nak tulis novel pula?" "Novel demo tok tulis?" & "Bilo demo nok tulis novel pulok?" Aduh, jenuh juga saya nak menjawabnya. Beginilah, awak baca dulu dua buku saya yang baru terbit tu, kalau dah habis nanti beritahu saya; nanti saya tulis novel pulak.

Terbaru, 17 September ini, hari ahad, jam 8.30 pagi; anda semua dijemput ke DBP Wilayah Timur, Kota Bharu bagi menghadiri majlis 'Cakna Cerpen Penulis Wanita Pantai Timur' yang akan dibicarakan oleh SM Zakir dan Nisah Haron. Dan dua buku terbaru saya juga ada dijual di sana nanti. Kita jumpa saja di sana ya.

Kepada Ghafirah, saya memang ada pada majlis itu nanti. Dan Jimadie, sabar, tunggu saja.


Salman Sulaiman
Teratak Seni, Mache.
12.02 tengah hari, 13 Sept. 2006.

MDM FARAH FAIZURA said...

saudara,

aku kagum pada bakat

dan semangat

..

untuk semangat itu,
mungkin akan terus teruji,
bila mana aku bilang,

aku ngak punyai ongkos untuk membeli,
maksud aku,
karya saudara.

maaf

lutfi said...

man, bila hang mai k.l call aku. jangan lupa bawa antologi hang tu. aku beli by hand...

BAIDHIL AIMIE said...

Norbusalman : adakah anda sahabat saya masa sekolah menengah hamzah dahulu? Baidhil